Friday, June 17, 2016

NAK REMPAH UNTUK BAKAR DAGING ATAU AYAM?



Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh selaku pembuka bicara Blog Rempah Grill Formulasi Alkanz Yamani adalah bertujuan untuk memasarkan produk rempah yang sesuai digunakan untuk membakar  daging tidak kira lembu atau kambing dan juga ayam.

Bagi pengemar-pengemar daging dan ayam bakar akan dapat  merasai suatu kelainan sentuhan dari Chef Rozaini Yaakob atau lebih terkenal dan mesra dengan panggilan Chef Roy.  Chef Roy memang terkenal di sebelah Utara khususnya Kulim, Bukit Mertajam, Seberang Jaya dan Kepala Batas dengan masakan arab dan western.  Kini melebar di Pulau Langkawi.

Berdasarkan pengalaman  yang ditimba dengan kecekapan beliau membuat kajian maka lahirlah formulasi Rempah Grill Alkanz Yamani dari gabungan Arab Yaman dan Mediterranean.

Rempah Grill Formulasi  Alkanz Yamani ini akan dijual 1 set mengandungi rempahnya atau dipanggil “Marinates Powder” yang mana akan diguna untuk menyalut bahan yang hendak dibakar.  Cara membacuhnya ambil Marinates Powder dicampur air biasa biar bersalut lebih kurang macam  bedak sejuk kemudian salut di bahan yang hendak dibakar. Kemudian  perap dalam bekas yang tertutup.  paling kurang 20 minit.

Pembeli juga akan dibekalkan dengan GLAZE yang diguna menyapu kepada bahan yang di bakar.  Macam orang bakar satay menyapu  minyak tapi sapu bagi rata dan ulang sapu apabila kelihatan kering sehinggalah bajhan yang kita bakar  masak.

Pakej ini juga menyediakan sos  untuk mengicah bahan bakar tadi. Cara memasaknya ambil air lebih kurang 150ml masak hingga mendidih kemudian perlahankan api masukan serbuk blackpepper sedikit demi sedikit dan kacau sehingga  sebati kemudian masukan air asam asam sebesar ibu jari atau 2-3 gm. Kacau beberapa ketika siap untuk dihidangkan.


Disamping itu pakej ini dilengkapi dengan Mashed Potato. Cara menyediakan masak air 100 ml hingga mendidih. Perlahankan api dan masukan susu segar (susu Kotak) 125ml dan kacau. Kemudian masukan serbuk Mashed Potato sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati. Apabila separuh adun boleh matikan api dan sedia untuk dihidangkan.


Nikmatilah Daging (Lembu & Kambing ) dan Ayam Bakar Yang Cukup Enak. SESIAPA NAK BOLEH PM ATAU SMS/WHASAPP 019-560 7802 HARGA 35.00 SATU SET BOLEH BAKAR 5 ATAU 6 EKOR AYAM ATAU 5-6 KG DAGING. HARGA TAWARAN HANYA RM30.00